Cenderamata @ Cenderahati
Cenderamata @ Cenderahati
Cenderamata adalah sesuatu pemberian kepada seseorang sebagai tanda ingatan yang berbentuk KEKAL seperti gambar, cermin, pakaian, buku, pen, jam dan sebagainya. Ejaan cenderamata pun masih ramai yang keliru. Ejaan cenderamata yang betul adalah kena dekatkan cendera dan mata tu, tak ada jarak. Ejaan yang betul adalah CENDERAMATA.
Maksud cenderahati adalah sesuatu pemberian kepada seseorang sebagai tanda ingatan yang berbentuk TIDAK KEKAL seperti buah-buahan, kuih-muih, duit dan bunga, menggambarkan pemberian yang 'lebih ikhlas'. Contoh la..dapat fresh flower sejambak dari husband..tapi bunga tak kekal lama..buang juga akhirnya, tapi kenangan dapat bunga tu lekat dalam hati membawa ke mati.
Maksud cenderadurja juga membawa maksud pemberian. Tetapi jarang sekali digunakan. Durja membawa maksud 'Wajah'. Jadi cenderadurja dapat diterjemahkan menjadi “lena wajah”. Mungkin penerima teringat akan wajah pemberi.
Cendera kenangan adalah sesuatu pemberian kepada seseorang tetapi perkataan ini digunakan untuk majlis di Istana ataupun yang melibatkan Sultan atau Raja.
Jujurnya, kita biasa sebut cenderahati. Tapi perkataan cenderamata sebenarnya yang dirakam dalam kamus DBP dan sering digunakan. Semuanya, cenderamata, cenderahati, cenderadurja atau tanda mata ialah perkataan yang sama maknanya. Kesemuanya betul dan boleh digunakan. Tapi cendera kenangan tu jangan pula digunakan sesuka hati.
FRIDGE MAGNET
A8 (with color print) : RM2.50/pcs
A7 (with color print) : RM4.70/pcs
A6 (with color print) : RM6.40/pcs
A5 (with color print) : RM8.90/pcs
A4 (with color print) : RM13.80/pcs
A3 (with color print) : RM19.80/pcs
BUKU YASSIN
A6 (Plain Print) : RM1.20/pcs
A6 (Gloss/Matt Lam) : RM1.70/pcs
A5 (Plain Print) : RM2.40/pcs
A5 (Gloss/Matt Lam) : RM2.80/pcs
A6 (Box Cover) : RM0.90/pcs
A5 (Box Cover) : RM1.30/pcs
MUG SERAMIK
4oz (Sublimation) : RM9.80/pcs
6oz (Sublimation) : RM13.70/pcs
8oz (Sublimation) : RM17.80/pcs
4oz (UV Print) : RM5.20/pcs
6oz (UV Print) : RM7.50/pcs
8oz (UV Print) : RM9.80/pcs
Perkhidmatan
QaweenKraf™ menyediakan perkhidmatan pengurusan perkahwinan, pertunangan, pangkal jambul & majlis walumatulurus. Kami juga mempunyai pakej khas bagi bakal raja sehari mengikut bajet yang bersesuaian.
Jenama
Jenama QaweenKraf™ tidak asing lagi di dalam membuat bunga pahar. Bagaimanapun, kami mempunyai banyak produk & perkhidmatan yang berkaitan dengan majlis perkahwinan yang mungkin tidak diketahui umum. Dapatkan yang original.
Hubungi
Alamat:
No.29 Bazaar MAINS,
Jalan Dato' Abdul Rahmanm,
70000 Seremban, NSDK.
e-mail: neworder@qaweenkraf.com
HP: +6019-6062412 (Pn. Atiey)
HP: +6012-3484311 (En. Adie)
Hakcipta©
Semua bahan bergambar dan teks di dalam laman web ini adalah milik QaweenKraf™. Sebarang penggunaan gambar dan teks tanpa kebenaran adalah dilarang dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan.